Wednesday, May 27, 2009

Kepentingan Sunnah Rasulullah

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Maka marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Beliau dalam erti kata demi mengejar Syafaat Rasulullah...

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga!

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!

Sunday, May 17, 2009

Pengumuman..!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Perhatian kepada semua alumni batch 05. Anda semua diminta untuk menghantar butiran peribadi kepada Fauzan (013-2183595). Ini adalah kerana permintaan Abe Awie untuk melengkapkan IJG SMKATB. Minta semua bertindak segera. Jika boleh, sertakan sekali gambar berukuran pasport. Terima kasih atas kerjasama semua kawan.

Wajah Baru SMKATB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah kepada warga SMKATB kerana diberi keceriaan terhadap persekitaran dan bangunan SMKATB. Antaranya :


Misi dan Visi Sekolah pada Blok Pentadbiran





Logo-logo Universiti

Terima Kasih Guru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, 17 Mei 2009 telah disempurnakan majlis sambutan Hari Guru buat tahun 2009. Seperti yang kita semua tahu, setiap tahun akan diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sempena Hari Guru 2009, alumni SMKATB turut terlibat dalam merainya. Antara batch yang dapat turut serta merupakan batch 02, 03, 04 dan tidak lupa batch 05.

Tepat jam 8.00 malam, solat hajat dan bacaan Yasin telah diadakan di Musollah sekolah diimamkan Faris Bin Rakbi (batch 03) mendoakan kebahagiaan para pendidik yang tersayang. Kemudian, persediaan untuk keesokan hari turut disertai mereka. Antara sahabat batch kita yang turut menyertai majlis solat hajat dan persediaan tersebut ialah Faris, Fuad, Fauzan Lukman, Nasrul, Shafwan, Tengku dan Zulkiflie. Alhamdulillah masih ada yang sanggup mengorbankan masa terluang untuk bersama bagi memastikan sambutan Hari Guru 2009 meriah.

Maaflah kerana tiada ulasan untuk sambutan pada pagi 17 Mei kerana tiada siapa antara batch kita menyertainya.









Antara Sedutan Hari Guru 2009



Tema Hari Guru pada tahun ini merupakan 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'.

Lirik Lagu Hari Guru 2009 :

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Terima Kasih Guru Atas Segalanya!!
Doakan Kami Semua Berjaya!!

Saturday, May 16, 2009

Pengumuman..!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog ini sebenarnye untuk menyampaikan info tentang aktiviti alumni SMKATB batch 05 KP : Faris Alwi. Jadi, segala maklumat akan disampaikan melalui blog ini.

Sebelum ni kita memang dah ada network community macam Friendster, tapi tak semua orang dapat join sebab ada yang tak register Friendster pun kan. Diharap, melalui blog ni, kita dapatlah meneruskan silaturrahim sesama kita dan cikgu.

Sesiapa yang nak buat pengumuman, nak bertunang ke, kahwin ke, nak anjur reunion ke, etc..bolehla minta admin post kat blog ni.

Keep in touch my friends!!

Apa itu Alumni?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika hari ini kite mendengar perkataan 'alumni', akan terlintas di minda kita bahawa ia merupakan sesuatu yang berkaitan dengan tempat pembelajaran dan secara terperincinya ada yang memikirkan tentang persatuan bekas pelajar sesebuah institusi pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka), alumni bermaksud siswazah atau lepasan sesebuah institusi pembelajaran. Jadi, ingin penulis menerangkan bahawa sekali kita keluar dari mana-mana institusi pembelajaran, maka kita telah dikelasifikasikan sebagai seorang alumni. Maka, setiap alumni masih mempunyai tanggungjawab terhadap institusi yang telah dihadiri kerana gelaram 'alumni' itu bermaksud seseorang itu membawa nama institusi tersebut.

Penulis mengharapkan alumni batch 05 masih lagi mempunyai rasa tanggungjawab terhadap mana-mana institusi yang telah dihadiri dan ditegaskan supaya sentiasa menyertai aktiviti yang diadakan terutama sekali di SMKATB. Jadi, sila sertai apa-apa program yang kita semua boleh sertai di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok disayangi.

Alumni Batch 05 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok



Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Alumni Batch 05 ialah satu persatuan terbaru dibuat khas untuk pelajar batch 05 SMKATB. Matlamat Alumni SMKATB ialah mengumpul semula bekas pelajar batch 05 SMKATB.Laman ini akan menjadi satu laman rasmi Alumni Batch 05 SMKATB dan semua aktiviti akan dipaparkan di dalam laman ini.